Minda Marketing: Mudahkan Mesej Anda

Saban hari kita bersaing dengan jutaan konten, iklan dan produk. Masa yang boleh manusia peruntukkan untuk menghadam semua ini adalah terbatas. Oleh itu, audiens akan mengambil yang paling mudah untuk dihadam.

Bayangkan iklan anda di celahan ribuan post dalam newsfeed Facebook seseorang. Individu tersebut hanya memberi masa sedetik untuk mendengar apa yang hendak anda katakan. Kalau dia rasa susah, dia tidak akan teruskan.


Jadi, bagaimana untuk mencipta mesej yang mudah untuk dihadam audiens?

Kuncinya adalah memahami had kognitif manusia iaitu bagaimana mereka memproses maklumat. Muatkan mesej anda dalam had tersebut dan anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah.

Struktur

Dalam era media sosial, kebanyakan audiens hanya baca, lihat dan dengar sekali lalu sahaja. Mereka tidak betul-betul membaca, menonton dan memahami. Oleh itu mesej anda mempunyai struktur yang mudah difahami walaupun dibaca sekali imbas.

Oleh itu paling tidak anda perlu ada:
1. Tajuk
2. Perenggan yang tersusun

Tajuk itu memberi gambaran keseluruhan apa yang hendak anda sampaikan. Setiap perenggan itu pula membawa satu isi utama berserta sokongan.

Ayat pula jangan panjang berjela. Cukup sekadar 7 hingga 15 patah perkataan setiap ayat. Tiga ayat setiap perenggan sudah memadai.

Ini penting untuk memberi 'ruang bernafas' bagi audiens anda untuk memproses maklumat. Jika tidak mereka akan lemas dan meninggalkannya begitu sahaja. Prinsip ini yang terpakai tidak kira sama ada menghasilkan teks, audio atau video.

Ingat struktur dan ruang.

Mudahkan mesej anda.


Ikuti Siri Minda Marketing

* diperlukan

Minda Marketing

Tamat sahaja Business Model Canvas Masterclass oleh Dr. Alexander Osterwalder & Dr. Yves Pigneur, kami dicadangkan untuk meneroka ilmu bisnes dengan lebih jauh. Antara buku yang dicadangkan adalah Brain Rules oleh John Medina. Buku ini penting bagi memahami bagaimana pelanggan mengenali sesebuah jenama dan akhirnya memilih untuk membeli sesuatu produk.


Bermula dari situ, pelbagai buku telah diterokai dalam bidang Psikologi Kognitif. Bermula dari bagaimana untuk memudahkan pelanggan memahami mesej, ingat jenama, mencipta produk viral, sehinggalah mencipta produk ketagih. Semua itu perkara penting bagi usahawan yang mahu mencipta keuntungan.

Jika anda bukan usahawan sekalipun, ilmu ini berguna dalam membuat keputusan yang lebih bijak dalam berbelanja. Jangan sampai kena tipu dengan trik-trik basi para marketer. Hehehe.

Sekiranya ini ilmu yang anda cari, isi borang di bawah supaya anda tidak terlepas siri Minda Marketing.


Ikuti Siri Minda Marketing

* diperlukan